Mesyuarat Memperkasa Jerai Geopark bersama Komuniti Kg. Titi Teras
15 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 14 Januari 2019 yang lalu, kawasan Jerai telah dimahsyurkan sebagai sebagai Jerai Geopark oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah. Memandangkan Kg. Titi Teras termasuk dalam kawasan Jerai dan berada di kaki Gunung Jerai, komuniti kampung mengambil inisiatif untuk bersama-sama terlibat dengan aktiviti dalam memperkenalkan produk tempatan.
Oleh yang demikian, Puan Nur Susila yang merupakan Pengarah Projek Jerai Geopark sudi untuk datang memberi sedikit taklimat ringkas berkaitan peranan yang boleh diambil oleh pihak kampung dalam sama-sama mengambil bahagian dalam Jerai Geopark ini. Pengurus Pusat Internet Kg. Titi Teras di beri tugas oleh pihak kampung dalam menjadi pusat info Jerai Geopark dan membantu dari sudut ICT dan Media Sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: